Malaysia adalah sebuah negara yang menggalakkan keusahawanan dan persekitaran perniagaan bertambah baik dari tahun ke tahun. Sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan perniagaan, anda perlulah merancang semua butiran kewangan dengan teliti, seperti mendapatkan bumiputera business loan di Malaysia.

Namun, bagaimanakah anda ingin mendapatkan bumiputera loan untuk memulakan perniagaan anda? Bertentangan dengan apa yang anda fikirkan, pembiayaan permulaan di Malaysia bukanlah satu proses yang rumit. Apa yang anda perlu lakukan ialah mencari sumber dana yang tepat untuk perniagaan anda di Malaysia dan menghubungi mereka dengan cara yang betul.

Dana Bumiputera

Dana pembiayaan usahawan Bumiputera yang disalurkan kerajaan menerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah sebanyak RM500 juta. Dana bumiputera yang diumumkan oleh kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada Jun 2020 lalu di mana sebanyak RM200 juta ditawarkan melalui PUNB dan RM300 juta disalurkan menerusi MARA.

Fungsi dana bumiputera ini ialah bertujuan untuk modal kerja, perbelanjaan operasi, automasi sistem serta peralatan dan perbelanjaan untuk melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) seperti amalan penjarakan fizikal dan kegunaan alat perlindungan diri semasa musim pandemik ini.

Bagaimana untuk mendapatkan Bumiputera Business Loan?

  • Pinjaman kerajaan
  • Angel Investor
  • Venture Capital
  • Keluarga dan rakan-rakan
  • Pembiayaan sendiri
  • Bank
  • Institusi Kewangan

Banyak pilihan pinjaman yang boleh diakses oleh perniagaan anda. Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bumiputera business loan yang betul, antara adalah sama ada jangka pendek atau jangka panjang, selamat dan stabil dalam membantu perniagaan anda untuk terus berkembang.

Selain daripada pinjaman bank tradisional, institusi kewangan menjadi alternatif popular di kalangan usahawan yang ingin mendapatkan bumiputera loan untuk perniagaan mereka. Salah satu jenis pembiayaan adalah pemfaktoran, ia merupakan pilihan yang popular bagi kebanyakan usahawan.

Terdapat beberapa situasi di mana anda tidak mendapat bayaran selepas penghantaran produk atau perkhidmatan. Kebanyakan perniagaan mempunyai terma syarat pembayaran dari 30 hari hingga 90 hari. Invois yang belum dibayar boleh menjadi halangan dan kekangan kepada aliran tunai perniagaan anda. Kemudahan pemfaktoran membolehkan anda menyelesaikan masalah ini.

Mengapa anda perlu memilih Planworth?

Planworth adalah sebuah peneraju syarikat pemfaktoran di Malaysia, dan telah menyalurkan

pembiayaan lebih daripada RM 1 billion kepada pembekal, kontraktor, penyedia perkhidmatan kerajaan, GLC serta sektor swasta di Malaysia. Kami menyediakan pelbagai jenis penyelesaian kewangan untuk menyokong tahap perkembangan perniagaan anda yang berbeza.

  • Kelulusan yang mudah dan pantas
  • Mesra kredit
  • Dokumen ringkas
  • Tiada cagaran diperlukan

Selain daripada bumiputera loan, Planworth juga mempunyai kemudahan-kemudahan kewangan yang lain. Kami sangat fleksibel dalam menyesuaikan penyelesaian kewangan kami untuk memenuhi objektif perniagaan anda. Anda hanya perlu berurusan dengan satu institusi kewangan iaitu Planworth, sebagai rakan kongsi kewangan yang lengkap untuk keperluan perniagaan anda.