Privasi dan Kuki

Notis Privasi ini menggariskan cara Kumpulan Planworth mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan data peribadi anda berhubung dengan urus niaga komersil serta cara Kumpulan Planworth melindungi data peribadi tersebut.

“Kumpulan Planworth” atau “kami” dalam notis ini merujuk Planworth Global Factoring Sdn Bhd (“PGF”), termasuk cawangannya di Malaysia dan negara lain serta setiap entiti dalam Kumpulan Planworth, yang terdiri daripada anak syarikatnya di Malaysia dan luar negara, atau dalam konteks yang diperlukan, salah satu daripadanya.

Persetujuan anda adalah penting
Apabila anda meminta maklumat atau melanggan produk dan perkhidmatan kami, anda mungkin dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada Kumpulan Planworth. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda oleh Kumpulan Planworth menurut Notis Privasi ini.

Data peribadi anda mungkin telah dikemukakan kepada Kumpulan Planworth oleh pihaknketiga (contohnya, oleh pasangan anda, syarikat di mana anda merupakan pengarahnya, pegawai atau pemegang saham, atau perkongsian di mana anda merupakan rakan kongsi) untuk produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak berkenaan daripada kami berdasarkan kepada transaksi komersial dengan Kumpulan Planworth.

Dalam konteks ini, terma “anda” dalam Notis Privasi ini juga akan digunakan bagi mana-mana individu yang mana data peribadinya telah dikemukakan kepada Kumpulan Planworth dan/atau telah diperolehi menerusi kaedah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Notis Privasi ini.

Kami mungkin mengumpul data peribadi sensitif anda (termasuk data berkaitan kesihatan fizikal atau mental anda, kesalahan yang dilakukan atau dikatakan telah dilakukan dan sebagainya) jika anda memohon produk tertentu seperti insurans kesihatan/nyawa atau pinjaman perumahan, yang menghendaki anda supaya mendedahkan data peribadi sensitif
tersebut kepada pihak kami. Kami hanya akan menggunakan data peribadi sensitif anda untuk menyediakan perkhidmatan yang anda langgan. Jika kami mengumpul, menggunakan, menyimpan atau mendedahkan data peribadi sensitif anda, kami akan mendapatkan persetujuan anda.

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi/data peribadi sensitif anda atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan Kumpulan Planworth memproses data peribadi/data peribadi sensitif anda. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan data peribadi/data peribadi sensitif tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi/data peribadi sensitif yang diberikan mungkin mengakibatkan Kumpulan Planworth tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan.

Apakah jenis data peribadi yang kami kumpul?
Data peribadi merujuk apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu, yang dikenal pasti atau dapat dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh Kumpulan Planworth, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan pendapat yang dinyatakan, rakaman video dibuat melalui kamera litar tertutup atas sebab-sebab keselamatan di premis kami dan rakaman audio tentang individu tersebut.

Jenis data peribadi yang kami kumpul mungkin termasuk, tetapi tidak terhad pada, nama, alamat, maklumat perhubungan lain, umur, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat kewangan seperti butiran pendapatan atau cukai pendapatan anda, kad pengenalan atau pasport anda, tempat lahir, sejarah kredit dan sejarah urus niaga anda.

Data peribadi yang kami kumpul boleh dikategorikan sebagai sama ada wajib diberikan atau diberikan secara sukarela. Data peribadi yang wajib diberikan ialah data peribadi yang kami perlukan supaya kami dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Data peribadi yang diberikan secara sukarela ialah data peribadi yang tidak wajib diberikan bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, anda masih boleh melanggan produk dan perkhidmatan kami. Data peribadi yang wajib diberikan dan diberikan secara sukarela berbeza-beza bagi setiap produk dan perkhidmatan dan akan ditandakan dalam borang permohonan.

Bagaimanakah kami mengumpul data peribadi anda?
Kami memperoleh data peribadi anda dengan pelbagai cara, seperti:

  • Apabila anda melanggan atau menggunakan salah satu daripada perkhidmatan yang kami sediakan atau apabila anda mendaftarkan akaun di mana-mana laman web Kumpulan Planworth; dan/atau
  • Apabila anda menghubungi mana-mana entiti Kumpulan Planworth menerusi pelbagai kaedah seperti borang permohonan, e-mel dan surat, panggilan telefon serta perbualan anda dengan kakitangan kami di cawangan. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda melalui telefon, kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan; dan/atau
  • Daripada analisis yang kami lakukan terhadap urus niaga anda (contohnya, sejarah pembayaran, baki pinjaman atau deposit, pembelian yang dibuat menggunakan kad kredit atau debit); dan/atau
  • Kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda apabila anda menyertai kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar diri untuk mana-mana peraduan atau promosi kami; dan/atau
  • Apabila kami memperoleh apa-apa data dan maklumat daripada pihak ketiga yang diberi kuasa (contohnya, agensi rujukan kredit, agensi kawal selia dan penguatkuasaan, majikan, pemegang akaun bersama, penjamin, wakil-wakil pihak guaman, pasangan, ibu-bapa, penjaga, tanggungan dan/atau syarikat/perkongsian yang anda merupakan pengarahnya, pemegang-pemegang saham atau dalam perkongsian); dan/atau
  • Apabila anda memeterai sebarang transaksi komersial dengan Kumpulan Planworth, termasuk tetapi tidak terhad, bagi menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan atau perkhidmatan professional anda; dan/atau
  • Daripada rakaman video dibuat melalui kamera litar tertutup atas sebab-sebab keselamatan di premis kami dan rakaman audio; dan/atau
  • Daripada sumber-sumber umum.

Data peribadi yang kami kumpul dari laman web kami

Alamat IP
Alamat IP ialah nombor yang diberikan kepada komputer anda secara automatik apabila anda berlanggan dengan Penyedia Perkhidmatan Internet. Apabila anda mengunjungi laman web kami, alamat IP anda direkodkan secara automatik dalam log pelayan kami. Kami menggunakan alamat IP anda untuk membantu mengenal pasti masalah dengan pelayan kami dan mentadbirkan laman web kami. Daripada alamat IP anda, kami boleh mengenal pasti tempat anda mengakses laman web kami. Umumnya, kami tidak memautkan alamat IP anda pada apa-apa yang membolehkan kami mengenal pasti diri anda, melainkan ia dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan.

Maklumat Kuki
Kuki ialah elemen data yang boleh dihantar oleh laman web kepada pelayar anda, yang kemudiannya mungkin menyimpannya dalam sistem anda. Kami menggunakan kuki pada beberapa laman kami untuk menyimpan pilihan pengunjung dan merekodkan maklumat sesi. Maklumat yang kami kumpul kemudiannya digunakan untuk memastikan tahap perkhidmatan yang lebih peribadi untuk pengguna kami. Anda boleh melaraskan seting pada pelayar anda supaya anda akan diberitahu apabila anda menerima kuki. Sila rujuk dokumentasi pelayar anda untuk menyemak sama ada kuki dibolehkan pada komputer anda atau meminta supaya tidak menerima kuki

Apakah tujuan pemprosesan data peribadi anda?
Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk sebab berikut: dan/atau

  • Menilai permohonan anda untuk mana-mana produk dan perkhidmatan kami; dan/atau
  • Mengesahkan kedudukan kewangan anda menerusi semakan rujukan kredit; dan/atau
  • Mengurus dan menyelenggara akaun dan kemudahan anda; dan/atau
  • Menilai keperluan kewangan anda dan meneruskan pelaksanaan obligasi kontrak yang diikat antara Kumpulan Planworth dengan diri anda; dan/atau
  • Menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian; dan/atau
  • Fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisis dan pemodelan statistik, pelaporan, pengurusan audit dan risiko serta mencegah penipuan; dan/atau
  • Untuk mencegah penipuan atau mengesan jenayah atau untuk tujuan penyiasatan; dan/atau
  • Atas sebab-sebab keselamatan terutamanya data peribadi yang dikumpulkan dari kamera litar tertutup.

Selain itu, kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk memenuhi apa-apa keperluan kawal selia dan untuk apaapa sebab lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan yang anda perlukan dan penyelesaian apa-apa urus niaga perdagangan yang dibuat oleh anda dengan Kumpulan Planworth.

Dari semasa ke semasa, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain dalam Kumpulan Planworth, ejen-ejen kami, atau tertakluk kepada persetujuan anda, rakan kongsi strategik yang kami mempunyai hubungan dengan bagi produk dan perkhidmatan tertentu (“Entiti Lain”) sebagaimana yang difikirkan patut oleh Kumpulan Planworth, dan anda mungkin menerima makluman pemasaran daripada pihak kami atau entiti lain tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima makluman pemasaran ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk menarik balik persetujuan anda dan kami akan berhenti memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan penghantaran makluman pemasaran kepada anda.

Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda untuk penerimaan bahan/makluman pemasaran atau promosi. Anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bawah. Sila ambil maklum bahawa sebaik sahaja kami menerima pengesahan tentang permintaan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) hari bekerja sebelum penarikan balik persetujuan anda dipaparkan dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi semasa tempoh tersebut. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda memilih untuk tidak lagi menerima bahan pemasaran atau promosi, Kumpulan Planworth mungkin masih menghubungi anda untuk tujuan lain berhubung dengan akaun, kemudahan atau perkhidmatan yang anda pegang atau langgan dengan Kumpulan Planworth.

Kepada siapakah kami mendedahkan data peribadi anda?
Data peribadi anda yang kami pegang akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan, dan tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, standard, garis panduan dan/atau obligasi) yang berkenaan bagi institusi kewangan, kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada:

  • Entiti Lain dalam Kumpulan Planworth; dan/atau
  • Agensi rujukan kredit apabila anda memohon mana-mana produk kami yang berasaskan kredit seperti pinjaman peribadi, kad kredit, gadai janji dan sebagainya; dan/atau
  • Ejen dan penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa yang dengannya kami telah mengikat perjanjian kontrak untuk beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti kami; dan/atau
  • Penyedia perkhidmatan kewangan berhubung produk dan perkhidmatan yang anda ada dengan kami (contohnya, pemfaktoran, broker gadai janji, syarikat insurans); dan/atau
  • Rakan-rakan kongsi strategik yang kami mempunyai hubungan berkenaan dengan produk and perkhidmatan tertentu, jika dipersetujui oleh anda; dan/atau
  • Pihak yang diberi kebenaran dan dipersetujui oleh anda; dan/atau
  • Agensi penguatkuasaan, kawal selia dan kerajaan, seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi obligasi kepada pihak berkuasa kawal selia.

Pendedahan data peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan data peribadi anda ke tempat di luar Malaysia, dan dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta dan untuk pelaksanaan apa-apa obligasi kontrak anda dengan Kumpulan Planworth, termasuk untuk tujuan penyimpanan.

Bagaimanakah kami melindungi data anda?
Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. Kumpulan Planworth mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi. Jika kami mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada ejen atau penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa, mereka dikehendaki melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya.

Berapa lamakah kami boleh menyimpan data peribadi anda?
Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman. Selepas itu, kami akan memusnahkan atau menghapuskan terus data anda.

Perubahan pada Notis Privasi ini
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut di laman web kami atau menghantar pemberitahuan kepada anda secara terus. Semak semula Notis Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda. Kali terakhir Notis Privasi ini dikemas kini pada Januari 2015.

Bagaimanakah anda boleh mengakses / membetulkan / mengemas kini data peribadi anda?
Kami komited untuk memastikan data peribadi anda yang kami pegang adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat apa-apa perubahan pada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah untuk mengemas kini data peribadi anda.

Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin mengakses data peribadi anda, sila hubungi kami. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengenakan fi yang rendah bergantung pada maklumat yang diminta. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda.

Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?
Jika anda perlu menghubungi kami, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan kami, menelefon Khidmat Pelanggan kami di talian utama 03-21662728, atau emel customercare@planworthfactor.com. Bagi pelanggan korporat, anda boleh menghubungi pengurus hubungan anda secara terus. Notis Privasi ini disediakan dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Jika terdapat apa-apa ketaktekalan antara keduadua versi ini, versi bahasa Inggeris akan digunakan. Jika terdapat percanggahan antara Notis Privasi ini
dengan terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu berkenaan cara kami mengumpul atau menggunakan data peribadi anda, terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu akan terpakai.

Jika anda telah mengemukakan data peribadi pihak ketiga kepada Kumpulan Planworth, sila pastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga yang berkenaan untuk pemprosesan dan pendedahan data peribadi mereka dan Notis Privasi ini telah dikemukakan untuk perhatian pihak ketiga tersebut.

wpChatIcon