Planworth Global Factoring

PLANWORTH Global ditubuhkan pada tahun 2004. Matlamat penubuhan PLANWORTH adalah untuk menggalakkan pembiayaan PKS melalui kaedah pemfaktoran dalam pembangunan perdagangan domestik dan antarabangsa lebih maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perniagaan.

  • Sebuah syarikat pemfaktoran yang terkemuka di Malaysia.
  • Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan dibawah pengawasan Bank Negara Malaysia.
  • Ahli aktif dan ahli jawatankuasa Persatuan Pemfaktor Malaysia
  • Ahli Sekutu (‘AffiliateMember’) Factors Chain International (FCI).
  • FCI mempunyai 3 ahli di Malaysia, kami adalah satu-satunya ahli bukan bank; ahli-ahli bank terdiri daripada Standard Chartered Bank dan RHB Bank. (FCI) alah sebuah badan antarabangsa untuk Pemfaktoran dan Pembiayaan Akuan Terbuka Domestik (“OpenAccountDomestic”) dan Perdagangan Hutang Antarabangsa (“International Trade Receivables”), iaitu Pembiayaan Perdagangan Antarabangsa tanpa Cagaran (“Financing ofi nternational trades without collaterals”)
  • Kami adalah sebahagian daripada Kumpulan Grand Columbia (GC Group of Companies) yang mempunyai aset bernilai jutaan USD dan beroperasi di beberapa negara di Asia Pasifik
  • Kami telah berkembang ke pasaran Singapura, menawarkan perkhidmatan pemfaktoran dibawah Planworth Global Factoring (S’pore) PteLtd (PGFSG).
  • PGF SG adalah sebuah syarikat pemfaktoran yang berkelayakan untuk membiayai pembekal Kerajaan Singapura dan ia disenaraikan di portal

VISI

Menjadi salah satu syarikat pemfaktoran pilihan utama dan kompetitif di rantau ini dengan menawarkan pelan pembiayaan yang disesuaikan dan kos efektif dalam memenuhi keperluan klien kami.

MISI

  • Menjadi “Client-Centric” dalam menyesuaikan penyelesaian pembiayaan untuk menyokong perkembangan klien kami.
  • Menyediakan sokongan, khidmat nasihat nilai tambah dan pilihan kepada klien kami secara berterusan.
  • Menjadi rakan niaga yang boleh dipercayai kepada klien kami.
  • Membangun dan mengekalkan hubungan baik dengan klien, rakan niaga dan komuniti.

Nilai Utama

Semangat

  • Kami suka apa yang kami lakukan.
  • Kami berbangga, bersemangat dan berdedikasi dalam apa jua yang kami lakukan.

Nilai Utama

Menghormati

  • Kami menghargai rakan sekerja, menggalakkan pembangunan mereka dan memberi ganjaran setimpal atas prestasi mereka.
  • Kami menghormati rakan sekerja, klien dan rakan niaga dan melayani mereka sebagaimana kami ingin dilayani.

Nilai Utama

Integriti

  • Kami dihormati, boleh dipercayai, dan berusaha melakukan perkara yang betul.
  • Kami melakukan perkara yang betul dengan cara yang jujur, adil dan bertanggungjawab.

Nilai Utama

Akauntabiliti

  • Kami bertanggungjawab terhadap apa yang kami janji dan putuskan.
  • Kami tunai apa yang kami janjika

Syarikat Kumpulan kami

Korporat
Mengenai Grand Columbia Group
Kumpulan Grand Columbia (“Kumpulan”) dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur mempunyai berbagai perniagaan di Asia Pasifik dan berkembang pesat secara organik dan pengambilalihan. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1992 dan terkini merupakan sebuah syarikat serantau yang mempunyai aset bernilai jutaan USD dalam Pelaburan di Malaysia, Singapura, Papua New Guinea (PNG) dan China. Portfolio semasa pelaburan adalah termasuk Perkhidmatan Kewangan dan Perbankan, Pembiayaan Perdagangan (Pemfaktoran), Pelaburan Hartanah dan Pembangunan, Pembuatan, dan Insuran. Laman web kumpulan di www.grandcolumbia.com
Korporat
Mengenai Kewangan Corporation Limited
Pada tahun 1998, kumpulan melalui Grand Columbia Limited berjaya memperoleh MBF Finance (PNG) Limited. MBF Finance (PNG) Limited merupakan sebuah institusi kewangan berlesen di bawah pengawasan Bank Papua New Guinea yang sebelum ini dimiliki oleh MBF Finance di Malaysia, yang pada masa itu merupakan salah satu institusi kewangan terbesar di Asia yang berlesen untuk menerima deposit. Sejak pengambilalihan, bagi mencerminkan visi pemegang saham yang baru, ianya ditukar menjadi Finance Corporation Limited atau dikenali sebagai FinCorp.
Ia mempunyai cawangan di semua lokasi utama di seluruh negara yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan, seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman jangka panjang, pengurusan tunai dan insurans. Setelah berkembang, Fincorp kini menjadi institusi kewangan berlesen terkemuka di Papua New Guinea. Laman web kumpulan di www.fincorp.com.pg
wpChatIcon