Planworth Pacu Ekonomi, Sedia Pembiayaan Perniagaan Tanpa Cagaran RM800 Juta
7 Febuari 2025

KUALA LUMPUR: “Kami bukan hanya sekadar penyedia pembiayaan. Planworth adalah rakan strategik perniagaan, membantu mereka mengatasi cabaran kewangan , memberi nasihat dan merebut peluang pertumbuhan baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Datuk Kuek Andy, dalam satu temubual eksklusif bersama Berita Harian.
Sebagai institusi kewangan bukan bank terbesar dan terkemuka di Malaysia yang menyediakan sokong padu kepada PMKS, Planworth mengambil langkah lebih besar dengan memperuntukkan dana RM800 juta bagi tahun 2025. Menurut Andy, peruntukan ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk memperkukuh daya saing perniagaan tempatan dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
“Dana ini dirancang khusus untuk memenuhi keperluan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menjadi vendor dan pembekal perkhidmatan kepada Kerajaan, agensi kerajaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan sektor swasta. Ia akan membantu mereka mengatasi masalah pusingan wang tunai seperti jualan kredit dan jurang aliran tunai yang sering menghalang mereka mengembangkan perniagaan kejayaan mereka,” jelas beliau.
Dengan pengalaman luas dan kepakaran dalam pembiayaan invois dan rantaian bekalan, Planworth sudah memiliki hampir ribuan pelanggan yang terdiri daripada peminjam dan PKS serta penerima kontrak, justeru membuktikan dirinya sebagai peneraju pasaran. Setakat ini, syarikat ini telah menyalurkan lebih RM2.5 bilion dalam pembiayaan dan menyokong kontrak bernilai RM3.5 bilion dan sentiasa meningkat hari ke hari.
Menurut Andy, Planworth menganggap PMKS ada peranan yang cukup penting dalam mengukukuh ekonomi negara. “Kami komited untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan yang fleksibel, pantas, dan berorientasikan keperluan semasa. Ini termasuk membantu perniagaan bertahan dalam keadaan ekonomi yang berdaya saing dan terus berkembang,” katanya.
Pengiktirafan dan Kredibiliti
Kejayaan Planworth bukanlah kebetulan. Syarikat ini diiktiraf dengan Anugerah Enterprise 50 (E50), satu penghormatan kepada daya saing, pengurusan cekap, dan kekuatan kewangannya, di mana Planworth menduduki tempat ke-14 pada majlis anugerah Enterprise 50 anjuran SME Corp sebagai satu-satunya syarikat pembiayaan alternatif. Anugerah itu turut menambah keyakinan pelanggan.
“Anugerah ini bukan hanya pencapaian, tetapi simbol kepercayaan pelanggan terhadap kemampuan kami menyediakan pembiayaan yang inovatif dan boleh dipercayai dan diyakini ” jelas Andy dengan penuh yakin.
Memacu Transformasi Digital
Mengulas tentang peranan teknologi, beliau menekankan pentingnya inovasi digital dalam landskap pembiayaan alternatif. “Planworth sentiasa melabur dalam teknologi untuk menyederhanakan proses dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Ini adalah komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan dan efisien,” katanya.
Planworth juga mengambil pendekatan mesra pelanggan sebagai strategi utama untuk menonjol dalam industri. “Setiap pelanggan kami adalah rakan kongsi. Planworth memastikan mereka mendapat sentuhan peribadi pada setiap peringkat perkhidmatan,” tambah beliau.
Visi Masa Depan
Apabila ditanya mengenai visi masa depan Planworth, Dato Kuek menyatakan bahawa syarikat ini bercita-cita untuk mentakrifkan semula landskap pembiayaan alternatif di Malaysia.
“Dengan peruntukan RM800 juta ini, kami ingin memperluaskan impak ke seluruh negara, membantu lebih banyak perniagaan mencapai potensi penuh mereka. Fokus Planworth adalah untuk terus menjadi peneraju pasaran sambil menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan,” tegas beliau.
Penyelesaian untuk Cabaran Perniagaan
Planworth juga dilihat sebagai pakar penyeselesaian kepada perniagaan yang menghadapi masalah aliran tunai dan gangguan dalam rantaian bekalan. Menurut Dato Kuek, cabaran ini sering menghalang syarikat daripada mencapai kestabilan operasi.
“Penyelesaian Planworth direka untuk membantu perniagaan mengekalkan kestabilan, sekaligus membuka ruang untuk pengembangan pasaran. Kami percaya dengan menyokong perniagaan, kami turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.
Aspirasi untuk Menjadi Pemacu Ekonomi Negara
Sebagai anak syarikat Kumpulan Grand Columbia, Planworth terus menjadi peneraju utama dalam pembiayaan alternatif.
Dengan penarafan 4-bintang Daya Saing SME Untuk Peningkatan (SCORE) yang diakreditasi oleh SME Corp, berdasarkan kekuatan kewangan, prestasi perniagaan, sumber manusia, penggunaan teknologi, pensijilan dan kehadiran pasaran, syarikat ini terus memposisikan dirinya sebagai pilihan utama bagi PMKS dan korporat di Malaysia.
“Setiap langkah yang Planworth ambil adalah untuk memastikan kejayaan pelanggan, kerana kejayaan mereka adalah kejayaan bersama. Dengan gabungan inovasi, teknologi, dan kepakaran industri, Planworth bersedia untuk menjadi pemacu utama ekonomi negara,” kata Andy menutup perbualan.
Anda boleh baca siaran akhbar media melalui pautan di bawah:

