Planworth, Jenama yang Popular dan Peneraju Industri Pertama Memperkenalkan Kod QR untuk Pengesahan Surat Sokongan Kewangan
13 April 2025

Kuala Lumpur – Didorong oleh peningkatan permintaan yang ketara terhadap “Surat Sokongan Kewangan” Planworth daripada PMKS bagi meningkatkan keyakinan pengeluar kontrak, Planworth sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan serta menawarkan perkhidmatan yang lebih telus, selamat, dan diyakini.
Planworth melakar sejarah sebagai syarikat pertama dalam industri pembiayaan alternatif yang melancarkan sistem Kod QR untuk Pengesahan Serta-Merta bagi dokumen rasmi pelanggan. Inisiatif inovatif ini mentakrifkan semula standard ketelusan, integriti, dan keselamatan. Langkah strategik ini juga menegaskan komitmen Planworth dalam memperkukuh kepercayaan pelanggan dan pengeluar kontrak serta mempertingkatkan keyakinan serta keselamatan transaksi dalam landskap industri pembiayaan di Malaysia.
Mulai 9 April 2025, selain daripada Surat Sokongan Kewangan, Surat Tawaran Indikatif dan Surat Tawaran Pembiayaan juga akan dilengkapi dengan Kod QR unik, membolehkan pengeluar kontrak mengesahkan kesahihan dokumen serta-merta melalui portal pengesahan digital Planworth – hanya dengan satu imbasan menggunakan peranti mudah alih – pantas, tepat, dan selamat. “Sebagai peneraju industri dan perintis dalam membentuk ekosistem pembiayaan yang lebih kukuh dan telus di Malaysia, kami sentiasa mencari cara baharu untuk memberikan perkhidmatan yang lebih bernilai, selamat, dan dipercayai demi kepentingan PMKS, dalam usaha mempercepatkan perkembangan perniagaanmereka. Penggunaan Kod QR ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk meningkatkan keselamatan serta membina kepercayaan jangka panjang bersama pelanggan dan pengeluar kontrak” kata Dato’ Andy Kuek, Ketua Pegawai Eksekutif Planworth.
Mengorak Langkah Setanding Standard Global
Penggunaan Kod QR untuk pengesahan dokumen telah diamalkan di peringkat antarabangsa oleh syarikat multinasional dan agensi kerajaan seperti di Singapura, Eropah, dan Amerika Syarikat. Dengan mengadaptasi teknologi ini, Planworth membuktikan bahawa syarikat tempatan juga mampu menyaingi serta mengintegrasikan amalan terbaik dunia ke dalam operasi harian, sekaligus meningkatkan kredibiliti syarikat di mata pelanggan, rakan niaga dan komuniti perniagaan.
Urusan Lebih Pantas, Risiko Pemalsuan Dikurangkan
Dengan hanya satu imbasan menggunakan peranti mudah alih, pelanggan dan rakan niaga kini boleh mengesahkan ketulenan dokumen Planworth secaraserta-merta melalui portal pengesahan digital syarikat yang selamat.
Inisiatif ini bukan sahaja mempercepatkan proses pengesahan, malah direka khas untuk mengurangkan risiko pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen, sekaligus melindungi kepentingan pelanggan serta pengeluar kontrak dan memperkukuh keyakinan dalam setiap transaksi.
Menyokong Aspirasi Digitalisasi Negara
Sebagai peneraju inovasi industri, inisiatif ini turut menyokong aspirasi negara ke arah pendigitalan sektor kewangan dan perniagaan tempatan. Planworth terus komited memperkenalkan teknologi baharu yang mempermudah dan mempercepatkan urusan pelanggan sambil mengekalkan standard keselamatan tertinggi.
Tentang Planworth
Planworth merupakan peneraju terkemuka dalam pembiayaan Invois tanpa cagaran dan pembiayaan rantaian bekalan di Malaysia. Sebagai anak syarikat Grand Columbia Group, Planworth menyediakan penyelesaian pembiayaan yang fleksibel dan pantas kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat tersenarai awam, serta kontraktor yang berurusan dengan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta. Dengan sokongan kewangan yang mantap dan kecekapan operasi yang terbukti, Planworth kekal komited memperkasakan pelanggan di seluruh negara dengan solusi kewangan yang selamat, mudah dan berintegriti.
Planworth telah menyalurkan pembiayaan melebihi RM2.5 bilion kepada ramai pelanggan melalui pelbagai kemudahan seperti pembiayaan invois/pemfaktoran, pembiayaan pesanan belian, serta pinjaman berjangka secara Konvensional dan Islamik. Selain itu, Planworth turut menyokong nilai kontrak melebihi RM4 bilion dalam sektor bekalan dan perkhidmatan, dan angka ini terus meningkat dari semasa ke semasa.
Planworth juga merupakan syarikat pertama dan satu-satunya dalam pembiayaan alternatif yang telah meraih pelbagai anugerah berprestij di Malaysia dan Singapura. Sebagai satu-satunya syarikat pembiayaan alternatif yang meraih akreditasi 4 daripada 5 bintang dalam SME Competitiveness Rating Enhancement (SCORE) oleh MRANTI (berdasarkan kekuatan kewangan, prestasi perniagaan, sumber manusia, penggunaan teknologi, pensijilan, dan kehadiran pasaran) serta penerima Anugerah Enterprise 50 (E50) oleh SME Corp Malaysia, pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kedudukan Planworth sebagai sebuah institusi kewangan yang boleh dipercayai dan diharap.
Anda boleh baca siaran akhbar media melalui pautan di bawah:





