Planworth & NEF Meterai MoU Perkukuh Akses Pembiayaan Usahawan Bumiputera ICT

19 Ogos 2025

Planworth Global Factoring Sdn Bhd (Planworth) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) bagi memperluaskan akses pembiayaan kepada usahawan bumiputera dalam sektor teknologi dan digital. 

Kerjasama strategik ini sejajar dengan agenda pembangunan ekonomi digital negara dan akan membuka peluang lebih luas kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera untuk berkembang melalui penyelesaian pembiayaan alternatif yang lebih inklusif. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Dato’ Andy Kuek, kerjasama ini bukan sekadar memperkukuh kedudukan usahawan bumiputera dalam ekonomi digital, malah menegaskan peranan Planworth sebagai rakan pembiaya yang dipercayai. 

“Pelanggan kami bukan sekadar peminjam, sebaliknya rakan strategik yang mencerminkan nilai kami iaitu tadbir urus baik, kredibiliti dan aspirasi untuk berkembang,” katanya. Planworth merupakan peneraju penyelesaian modal kerja pintar dan pembiayaan alternatif utama di Malaysia, khususnya bagi PMKS yang terlibat dalam kontrak kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta. 

Dengan asas kewangan kukuh serta operasi sepenuhnya dibiayai modal sendiri, Planworth membuktikan keupayaan syarikat tempatan untuk berdiri teguh tanpa bergantung kepada pelaburan luar. Struktur ini membolehkan Planworth menawarkan penyelesaian pembiayaan yang konsisten, pantas dan fleksibel kepada pelanggan di seluruh negara. 

Sebagai jenama yang diiktiraf dalam industri, Planworth mengekalkan pendekatan berbeza dengan kadar pembiayaan telus, sistem pengurusan risiko yang kukuh serta penggunaan teknologi digital. Berdasarkan pengalaman lebih 11 tahun dalam industri, Planworth mampu menyokong pelbagai projek berskala besar, sekali gus menjadikannya rakan pembiaya utama bagi kontraktor, pembekal serta pemain industri dalam pelbagai sektor. 

Berpegang teguh pada prinsip pembiayaan bertanggungjawab, Planworth menampilkan struktur harga yang adil dan berimbang, selaras dengan komitmen terhadap kelestarian serta integriti industri pembiayaan. 

Portfolio produk Planworth merangkumi pembiayaan pra-invois, pasca invois, pusingan kredit dan pembiayaan rantaian bekalan dan kini Planworth diiktiraf sebagai pembiaya alternatif nombor satu di Malaysia yang  memperjuangkan kejayaan perniagaan tempatan daripada syarikat pemula hinggalah ke peringkat korporat.

Anda boleh baca siaran akhbar media melalui pautan di bawah:

 19 August 2025 – Planworth, NEF jalin kerjasama strategik, perkukuh akses pembiayaan usahawan bumiputera

 19 August 2025 – MOU antara Planworth & NEF – Menstruktur semula landskap pembiayaan ICT bumiputera

 20 August 2025 – Planworth sasar salur RM800 juta pembiayaan alternatif kepada PKS

 20 August 2025 – Planworth sedia kemudahan pembiayaan untuk ahli NEF

 21 August 2025 – Planworth fokus pembiayaan RM800 juta kepada PKS

 20 August 2025 – Planworth sasar RM800 Juta pembiayaan, fokus sokong PMKS bumiputera Digital melalui NEF