Planworth Salur RM35,000 Untuk Bantu Golongan Terpinggir Sempena Ramadan
27 March 2025

KUALA LUMPUR: Planworth Global Factoring Sdn Bhd (Planworth), syarikat pembiayaan dan rantaian bekalan tanpa cagaran yang terkemuka, meneruskan komitmennya sebagai organisasi prihatin dan bertanggungjawab sosial dengan menyalurkan sumbangan berjumlah lebih RM35,000 kepada golongan memerlukan bersempena kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ramadan 2025.
Planworth telah menyalurkan pembiayaan melebihi RM2.5 bilion kepada ribuan pelanggan melalui pelbagai kemudahan seperti pembiayaan invois/pemfaktoran, pembiayaan pesanan belian, serta pinjaman berjangka secara Konvensional dan Islamik. Selain itu, Planworth turut menyokong nilai kontrak yang mencecah lebih RM4 bilion dalam sektor bekalan dan perkhidmatan, dan angka ini terus menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.
Planworth juga telah meraih pelbagai anugerah berprestij di Malaysia dan Singapura. Sebagai satu-satunya syarikat pembiayaan alternatif yang meraih akreditasi 4 daripada 5 bintang dalam SME Competitiveness Rating Enhancement (SCORE) oleh MRANTI (berdasarkan kekuatan kewangan, prestasi perniagaan, sumber manusia, penggunaan teknologi, pensijilan, dan kehadiran pasaran) serta penerima Anugerah Enterprise 50 (E50) oleh SME Corp Malaysia, pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kedudukan Planworth sebagai sebuah institusi kewangan yang boleh dipercayai dan diharap.
Mengangkat tema ‘More Than Just Financing, Sharing the Blessings of Ramadan’, Planworth menzahirkan komitmen teguh dalam menyokong komuniti terpinggir dan memperluas nilai kemanusiaan di luar skop perniagaan.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Planworth menyantuni 151 kanak-kanak asnaf dan tanpa dokumen di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Chow Kit pada 13 Mac 2025. Program ini turut disertai oleh guru-guru dan kakitangan sekolah yang hadir bagi memeriahkan majlis serta menyantuni anak-anak tersebut.
Majlis tersebut meriah dengan sesi iftar bersama, penyampaian kelengkapan sekolah dan duit raya, menjadikan nilai keseluruhan sumbangan hampir RM25,000.
Pada 19 Mac 2025, Planworth meneruskan usaha murni dengan menyantuni 80 gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) melalui sumbangan bernilai lebih RM11,000 yang merangkumi barangan keperluan asas, juadah berbuka puasa dan duit raya.
Pengarah Eksekutif Planworth, Elaine Lim, berkata, inisiatif ini dibiayai sepenuhnya oleh pejabat korporat dan kelab sosial Planworth, dengan sokongan tenaga kerja syarikat yang secara sukarela menyumbangkan masa dan usaha mereka.
“Kami terkesan melihat situasi sebenar di SBJK. Ini kali pertama kami sedar bahawa terdapat sekolah khas seperti ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjaga kebajikan kanak-kanak yang sangat memerlukan.
Planworth amat berharap lebih banyak inisiatif seperti ini dapat diwujudkan kerana kami yakin masih ramai kanak-kanak yang belum menerima perhatian sewajarnya,” katanya kepada Berita Harian.
Elaine turut menegaskan komitmen Planworth untuk meneruskan program CSR secara konsisten setiap tahun.
“Ramadan adalah masa untuk berkongsi rezeki dan membawa sinar kepada mereka yang memerlukan.
Kami ingin menyuntik nilai kemanusiaan yang mendalam, bukan sekadar menyokong dari segi kewangan tetapi juga membina semangat dalam komuniti,” tambahnya.
Sumbangan keseluruhan Planworth merangkumi wang tunai, makanan, keperluan harian, kelengkapan sekolah, barangan kelengkapan harian serta duit raya yang mencerminkan usaha syarikat untuk mencipta impak positif yang melangkaui sektor pembiayaan.
Mengenai Planworth
Planworth Global Factoring Sdn Bhd (Planworth) merupakan peneraju pasaran dalam penyediaan penyelesaian pembiayaan invois dan pembiayaan rantaian bekalan di Malaysia. Sebagai anak syarikat Grand Columbia Group, Planworth menawarkan kemudahan kewangan yang fleksibel dan pantas kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tanpa cagaran, syarikat tersenarai awam, serta kontraktor yang membekalkan produk dan perkhidmatan kepada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta.
Dengan pengalaman lebih 30 tahun sebagai sebahagian daripada Grand Columbia Group, Planworth terus memberikan sokongan kepada perniagaan kecil dan sederhana, mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara dan memastikan setiap pelanggan mendapat sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang dan mencapai kejayaan.
Melangkaui bidang pembiayaan, Planworth juga aktif menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai usaha memperkasa komuniti serta memberi impak positif kepada masyarakat.
Dengan slogan “More Than Just Financing”, Planworth bukan sekadar penyedia dana, malah merupakan rakan niaga yang komited untuk membantu pelanggan dan komuniti mencapai kejayaan yang mampan.
Anda boleh baca siaran akhbar media melalui pautan di bawah:





