TIMBALAN MENTERI KUSKOP ALU-ALUKAN PERANAN PLANWORTH DALAM MELENGKAPI EKOSISTEM PEMBIAYAAN PMKS
24 September 2026

YB Datuk Mohamad Bin Alamin sertai sesi libat urus bersama PMKS, lancar Platform Digital Baharu Planworth untuk mempercepat akses pembiayaan, serta menyempurnakan perasmian pejabat dan menyaksikan kerjasama strategik melalui pertukaran MoU bersama persatuan industri.
KUALA LUMPUR, 24 September 2026 – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Mohamad bin Alamin, hari ini menghadiri Sesi Libat Urus Pembiayaan & Pertumbuhan PMKS di Planworth Global Factoring Sdn. Bhd. (“Planworth”), Menara Avenue, Kuala Lumpur. Sesi yang menghimpunkan wakil PMKS, persatuan industri dan rakan strategik itu memberi ruang kepada YB Timbalan Menteri untuk mendengar secara langsung cabaran sebenar yang dihadapi usahawan, khususnya berkaitan akses pembiayaan, modal kerja, pelaksanaan kontrak, pengurusan aliran tunai dan pertumbuhan perniagaan, sekali gus memberikan input mengenai keperluan sebenar PMKS di lapangan.
[CADANGAN PETIKAN YB TIMBALAN MENTERI KUSKOP — untuk semakan dan kelulusan pejabat YB sebelum digunakan]
“Kerajaan sentiasa komited untuk meluaskan akses pembiayaan kepada PMKS melalui pelbagai kemudahan dan program yang disediakan oleh agensi seperti SME Bank, SME Corp. Malaysia, TEKUN Nasional, TERAJU, dan MARA. Pada masa yang sama, penglibatan sektor swasta dapat melengkapi usaha ini dengan memperluas pilihan pembiayaan kepada usahawan, seterusnya menyokong pertumbuhan perniagaan mereka,” kata YB Datuk Mohamad bin Alamin.
Sempena program tersebut, YB Timbalan Menteri turut menyempurnakan pelancaran Platform Digital Baharu Pembiayaan Rantaian Bekalan Planworth – inisiatif pendigitalan yang menghubungkan pembeli (Kerajaan, GLC atau syarikat swasta), penjual (vendor PMKS) dan pembiaya dalam satu ekosistem bersepadu. Melalui platform ini, proses permohonan, pengesahan dokumen, penilaian pembiayaan, kelulusan, penyaluran dan pemantauan status dapat diurus dengan lebih tersusun dan cekap. Inisiatif ini selari dengan agenda pendigitalan Kerajaan dan hasrat KUSKOP untuk memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan kecekapan, mempercepatkan proses pembiayaan serta memudahkan akses PMKS kepada modal kerja bagi melaksanakan kontrak Kerajaan, GLC dan sektor swasta.
Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Dato’ Kuek Andy, PBM, merakamkan penghargaan atas kesudian YB Timbalan Menteri KUSKOP menghadiri majlis tersebut serta atas komitmen berterusan KUSKOP dalam memperkukuh ekosistem PMKS negara.
“Planworth memposisikan dirinya bukan sebagai pesaing, tetapi sebagai pelengkap kepada agensi pembiayaan Kerajaan dan institusi perbankan sedia ada. Matlamat kami adalah untuk memperluas pilihan pembiayaan kepada usahawan, bagi menyokong keperluan modal kerja, pelaksanaan kontrak dan pertumbuhan perniagaan. Objektif kami adalah untuk membantu lebih banyak PMKS berjaya, mempercepatkan perkembangan perniagaan mereka, seterusnya mewujudkan lebih banyak nilai, peluang ekonomi serta kemakmuran bersama,” kata Dato’ Kuek Andy, PBM.
Sehingga kini, Planworth telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM4 bilion serta menyokong nilai kontrak yang menghampiri RM6 bilion, dengan memberi khidmat kepada ribuan pelanggan di seluruh negara. Bagi tahun 2026 sahaja, Planworth telah memperuntukkan RM1 bilion untuk terus menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan.
Pencapaian dan pertumbuhan ini mencerminkan kepercayaan berterusan komuniti perniagaan terhadap pasukan serta penyelesaian pembiayaan Planworth. Kepercayaan ini telah menjadi pemacu utama pertumbuhan Planworth dan mengukuhkan kedudukannya sebagai Peneraju pasaran No. 1 dan terbesar dalam pembiayaan alternatif di Malaysia.
Majlis turut menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Planworth dengan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA), dan CDC International Sdn. Bhd. Kerjasama tersebut bertujuan memperluas akses pembiayaan, meningkatkan kesedaran mengenai pilihan pembiayaan alternatif serta menyokong pertumbuhan perniagaan ahli-ahli persatuan dan komuniti perniagaan berkenaan.
YB Timbalan Menteri turut merasmikan pejabat korporat Planworth di Kuala Lumpur. Pejabat seluas kira-kira 18,000 kaki persegi itu melibatkan pelaburan sekitar RM20 juta bagi pemerolehan dan kerja-kerja pengubahsuaian, serta dibangunkan untuk menyediakan persekitaran yang lebih selesa, profesional dan kondusif kepada pelanggan dan rakan strategik Planworth.
TENTANG PLANWORTH
Planworth Global Factoring Sdn Bhd (“Planworth”) merupakan institusi kewangan bukan bank yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di dalam sistem ePerolehan, dan tertakluk kepada kawal selia Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP). Sebagai penyedia Pembiayaan Rantaian Bekalan, Planworth menawarkan penyelesaian pembiayaan alternatif kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat berskala besar yang melaksanakan kontrak Kerajaan, GLC dan sektor swasta.
Planworth merupakan penerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di Malaysia dan Singapura, termasuk Enterprise 50 Award 2024, The BrandLaureate SMEs BestBrands Award 2023, SME & Entrepreneurs Business Award (SEBA) 2022, SME100 Award 2021, CTOS Credit Excellence Award 2021 serta akredasi 4 bintang di bawah SME Competitiveness Rating for Enhancement (SCORE).
Planworth merupakan sebahagian daripada Grand Columbia Group, sebuah kumpulan perniagaan beraset berbilion ringgit yang diasaskan pada tahun 1992 oleh Dato’ Kuek Andy, PBM. Kumpulan ini mempunyai kehadiran serantau di Malaysia, Singapura, China dan Papua New Guinea, dengan kepentingan perniagaan merangkumi kewangan dan perbankan, insurans serta pembangunan dan pengurusan hartanah.
Dengan kekuatan dan pengalaman Kumpulan selama lebih tiga dekad, Planworth terus memberi tumpuan kepada usaha memperluas akses pembiayaan, memperkukuh aliran tunai perniagaan dan menyokong pertumbuhan PMKS serta rantaian bekalan tempatan.
Ikuti liputan kami dan baca laporan media serta artikel yang diterbitkan di bawah:



















